ANAK DUA PUSAR DI KEPALA BUKAN NAKAL, TAPI ADA RAHSIANYA

Sharing is caring!

Anak yang ada dua pusar di kepala selalu sangat dikaitkan dengan sikap nakal, keras kepala dan tak dengar cakap. “Ooo.. Patutlah dua pusar!” Bila dengar ada adik-beradik atau saudara mara jenis yang mulut laser kata macam itu dekat anak kita, mulalah hati mudah terasa.

Sedihnya, bukan kita yang tentukan pusar anak satu atau dua. Itukan anugerah Allah untuk ibu yang bertuah. Sebab itulah, tak boleh nak hakimi kenakalan anak-anak berdasarkan fizikal mereka, dua pusarlah, lesung pipitlah, kening bertangkuplah.. Rahsia kejadian itu semua di tangan Yang Maha Menciptakan.

Cerita ibu yang ada anak dua pusar di kepala,Puan Aminah Hafizah Abu Bakar boleh dijadikan panduan.

Loading...

Anak Dua Pusar Benarkah Lasak & Banyak Akal

Orang tua-tua memang banyak pengalaman, mereka lebih lama makan asam garam kehidupan. Melalui pengalaman itu timbullah petua-petua untuk panduan dalam kehidupan seharian. Meskipun zaman berubah, petua lama masih utuh dipercayai dan diamalkan.

Tidak setakat petua. Orang lama juga kaya dengan pengalaman hasil pemerhatian. Maka selalulah kita dengar orang menyebut istilah ‘kata orang-orang tua’.Namun, tidak semua boleh dipercayai.

Ada yang terbukti mitos semata-mata. Sebagai umat Islam kita harus memeriksa kesahihah fakta, dan mengetahui hukum agama sebelum menerima bulat-bulat sesuatu kepercayaan atau amalan.

Sering kita mendengar orang berkata anak dua pusar kepala sebagai nakal dan lasak. Entah di mana logiknya, tetapi itulah yang kerap dimomokkan orang.

Tersentuh Hati

Apabila ternampak kepala anakku berpusar dua, orang tua-tua terus mengingatkan supaya bersiap sedia dengan karenah anakku itu. Ada yang menyebutnya membesar banyak akal, ada yang melabelnya budak lasak tidak kurang juga yang berani melabelnya budak nakal.

Sebagai ibu baru, hati tentu tersentuh apatah lagi anak masih merah. Tetapi aku selalu memujuk hati mengambil yang positif saja. Dan membiarkan kata-kata orang berlalu seperti angin.

Apabila anakku semakin membesar, aku sedari karakter dirinya yang ekstrovert dan aktif. Dia mudah mengekspresikan emosinya. Dia suka menyanyi dan mempunyai keyakinan diri yang baik untuk kanak-kanak seusia empat tahun.

Tetapi memanglah adat kanak-kanak yang banyak ragamnya, anakku juga tidak terkecuali. Kadangkala dia menghiburkan tapi ada masanya ragamnya juga menyebabkan kami naik marah.

Loading...

Satu hal yang tidak aku persetujui ialah meletakkan kesalahan kepadanya mengikut tanggapan ciri fizikal dua pusarnya itu.

Apabila dia berbuat silap kita segera memarahinya. Jika terlibat dalam perbalahan anak-anak, cepat saja kita menuding jari kepada si dua pusar tadi. Terkadang tidak sempat dia membela diri, dan belumpun kita selidik duduk letak perkara sebenar. Kita pantas menjustifikasikan situasi dan meletaknya sebagai pesalah.

Aku melihat perkembangan ini sebagai tidak sihat untuk pembinaannya sebagai individu yang bersahsiah mulia. Adakah berkepala dua pusar semestinya nakal? Wallahualam.

Pernahkah kita terfikir dua pusar di kepala ini ciri fizikal, sama juga seperti lesung pipit dan tahi lalat?

Menilik Rahsia Tahi Lalat

Apakah amalan menilik rahsia tahi lalat tidak sama dengan menilik rahsia ciri fizikal tubuh badan yang lainnya. Kening bertangkup, begini. Mata ke dalam begitu?Adalah amalan ini tidak sama dengan memukul rata peribadi individu melalui zahirnya saja? Lebih sedih jika kita mengaitkan dengan mitos tahayul yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Tanggapan sebegini menanamkan stigma di dalam kepala individu di sekeliling anak tadi. Ibubapa misalnya terdorong memberi layanan tegas dan keras kepada anak ini semata-mata tidak mahunya menjadi nakal. ‘Setiap langkah karenah anak sentiasa dibayangi dia dua pusar, maka akalnya banyak. ‘Dia dua pusar, maka dia lasak’.

Ibu bapa secara tidak langsung telah meletakkan label kepada anaknya. Adakah adil memandang sikap indvidu berdasarkan ciri fizikalnya? Nah, tidakkah ia juga terpakai dalam situasi ini?

Anak Dua Pusarku Sama Saja Seperti Anak Lain

Ada waktunya apabila timbul rasa marah terhadap si anak, aku mengingat diri, dia sama saja seperti anak lain. Akhlak dan adabnya dibentuk oleh aku dan suami. Sikap dan pembawaan karakternya terbentuk oleh persekitarannya membesar.

Generalisasi dan kata orang tua-tua tidak membantu perkembangan anak-anak. Sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab kita mendidiknya menjadi anak yang baik seperti diidamkan oleh semua.

Semoga kita diberikan kesabaran melayani dan mengasuh anak-anak.

 

Sumber: Petua Ibu

 

Loading...

[VIDEO TUTORIAL] 11 Kegunaan Lain Ubat Gigi Yang Mungkin Anda Tak Tahu. Lihat Tips No 5 Rasanya Semua Tak Tau Boleh Guna kat Situ

SETIAP kali selepas bangun atau sebelum tidur, antara rutin yang akan dilakukan kebanyakan kita adalah memberus gigi.

Bagi tujuan ini pastinya, ubat gigi digunakan sebagai medium utama untuk menyahkan kekotoran, plak mahupun bau kurang menyenangkan dalam mulut.

Namun, pernahkah anda terfikir, selain menjadi ejen mencuci, ubat gigi juga boleh digunakan untuk pelbagai perkara lain dalam kehidupan seharian?

Mari kita baca dan lihat 11 fungsi ‘tak rasmi’ ubat gigi yang mungkin anda tak pernah tahu!

10401960_540576392712284_2345768686347746418_n

1. Ubat gigi mampu menghilangkan calar halus di permukaan telefon bimbit

Ya, buat pengguna yang tidak meletakkan pelindung skrin (screen protector), masalah utama yang dihadapi semestinya calar di permukaan telefon bimbit.

Apa kata anda mencuba teknik ini yang tak perlu mengeluarkan sebarang kos. Apa yang anda perlu buat adalah menggosok permukaan skrin tersebut dengan ubat gigi dan garisan halus pasti beransur hilang.

10801904_540576439378946_1224523247029128315_n

2. Ubat gigi boleh menghapuskan calar di permukaan CD atau DVD, sekaligus membaikinya

Kebanyakan kita memiliki tabiat yang sama iaitu malas meletakkan cd mahupun dvd yang telah ditonton/ didengar ke dalam bekasnya kembali. Kesannya, permukaan cd dan dvd akan dipenuhi calar.

Bagi menghilangkan kesan tersebut, anda hanya perlu menggosokkan cd/dvd anda dengan sedikit ubat gigi dan ia akan mengembalikan kualitinya seperti asal.

10891867_540576432712280_5958541090356927472_n

3. Buat suri rumah yang kehabisan bahan peluntur, boleh mencuba teknik menyapu ubat gigi di bahagian kotoran degil

Ini mungkin berita gembira buat suri rumah yang kehabisan bahan peluntur. Bagi menggantikan fungsi memutihkan atau mengembalikan baju pada warna asal, anda boleh menggosok fabrik yang terkena kotoran itu dengan ubat gigi. Ya, kotoran tersebut pastinya akan terhapus.

1501822_540576459378944_3514595864220547397_n

4. Ubat gigi juga mempunyai keberkesanan untuk mengilatkan kembali permukaan seterika yang sudah malap

Dalam masa setahun, permukaan seterika akan mula berubah menjadi malap dan tidak lagi berkilat akibat dari hawa panas yang dihasilkan. Jadi, cara untuk mengembalikan kekilatan peralatan tersebut adalah dengan menggunakan ubat gigi dan sehelai kain.

Loading...

Tekniknya mudah sahaja, iaitu menggosok kain bersama sedikit calitan ubat gigi ke permukaan yang kusam itu. Hasilnya, ia akan kembali berkilat dan kelihatan baru.

10806293_540576312712292_1710245286781637941_n

5. Teknik mencerahkan kasut yang sudah kotor dengan menggosok permukaan yang gelap dengan ubat gigi

Buat pelajar sekolah, selepas ini anda tak perlu lagi gusar kalau bahagian kasut kotor dan gelap. Guna sahaja ubat gigi dan gosok di bahagian tersebut, pasti kasut anda akan kembali seperti sediakala.

10888701_540576342712289_1377905813094186324_n

6. Memutih dan membersihkan kuku dengan hanya menggunakan ubat gigi

Buat wanita yang tak sempat ataupun malas ke salon, anda boleh menggunakan teknik ini untuk mendapatkan kuku yang cantik, bersih dan berkilat.

Apa yang anda perlu buat adalah menggosokkan kuku anda dengan ubat gigi dan kuku pasti kelihatan bersih dan berkilat seperti mendapatkan servis di salon!

10898022_540576706045586_7016785151049184417_n

7. Kalau permukaan papan kekunci piano anda sudah berwarna kuning dan kusam, cubalah menggosoknya dengan kain dan sedikit ubat gigi

Dalam masa beberapa tahun, permukaan papan kekunci piano pastinya mula bertukar warna menjadi kuning kesan daripada perubahan suhu, kekotoran dan sebagainya.

Maka, guna sahaja ubat gigi untuk mengembalikan warna putih asal dan mengekalkan kecantikan papan kekunci tersebut.

10888694_540576329378957_819088311489632358_n

8. Ubat gigi juga boleh berfungsi sebagai penghapus gegelang air (water ring) di atas meja kayu

Ya, kalau anda perasan, jika kita meletakkan gelas berisi air dalam jangka waktu yang lama di atas meja kayu, maka permukaan di bawah gelas akan muncul satu kesan bulat yang susah untuk dihilangkan.

Usah gusar jika gegelang tersebut muncul lagi di meja kayu rumah anda, sapu sahaja dengan ubat gigi dan ia pasti hilang.

10897121_540576412712282_9117776619911438031_n

9. Ubat gigi mampu hilangkan gula-gula getah yang terlekat di rambut

Nah, kalau ada rakan yang terlebih nakal mengenakan anda dengan meletakkan gula-gula getah di rambut, tak usahlah potong rambut tersebut kerana ada cara untuk menanggalkannya.

Gosok sahaja ubat gigi di bahagian tersebut dan ia pasti akan tertanggal dengan sendiri. Teknik ini boleh juga diaplikasikan pada bahagian baju yang terkena gula-gula getah.

10891933_540576309378959_5123983043406175662_n

10. Tanggalkan contengan pen marker kekal (permanent marker pen) di permukaan meja kayu

Kalau ada anak-anak anda yang terlebih kreatif menconteng permukaan perabot kayu di rumah, usahlah mengamuk! Guna sahaja ubat gigi untuk cuba menghilangkan kesan contengan tersebut.

10425423_540576409378949_3460486460173485925_n

11. Ubat gigi mampu menghilangkan bau di tangan

Buat ibu-ibu yang rajin memasak, pastinya tangan mereka akan sentiasa berbau bahan-bahan masakan seperti hanyir ikan ataupun bau bawang putih dan bawang besar.

Lepas ini, para ibu bolehlah menggunakan ubat gigi untuk menghilangkan bauan tersebut, atau mengurangkannya.

MYNEWSHUB.CC

 

Cara Mengilatkan Cermin Lampu Kereta Menggunakan Ubat Gigi

Sharing is caring!

Loading...